Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan perjalanan kami untuk menyiapkan tugasan yang telah kami terima, walaupun agak lambat dari tarikh yang ditetapkan tetapi kami telah berjaya juga menyiapkannya. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang bertungkus lumus bersama-sama menyiapkan segala tugasan, maafkan seandainya ada kekurangan dari diri saya dalam menyiapkan segala tugasan yang kita terima. Mohon juga sahabat-sahabat halalkan segala terlebih dan terkurang semasa proses menyiapkan tugasan-tugasan kita, moga Allah redha atas usaha kita dan moga apa yang telah kita usahakan diterima oleh pensyarah-pensyarah.
Bersempena juga minggu peperiksaan yang bakal menjelang tak lama lagi, diri yang kerdil ini ingin memohon ampun dan maaf atas salah silap semasa kita bersama menuntut ilmu, maafkan andai ada hati-hati yang terasa, terluka, tersakit, terkilan atas kata-kata dan perlakuan dari diri ini, maafkan juga segala kesilapan dan kesalahan semasa memimpin kalian semua, sesungguhnya diri ini terlalu banyak kurangnya, mohon doa kalian agar sama-sama najah dalam intihan yang bakal menjelang, buat akhirnya ketahuilah bahawa....................................
akak sayang korang semua Lillahi Taala ^_^
No comments:
Post a Comment